Tuesday, 5 November 2013
Pengedar sah barangan keluaran dari Syarikat Menang Glassware Sdn Bhd
Assalamualaikum w.b.t,
Salam dihulur kepada semua..
Wanita dan pinggan mangkuk merupakan sesuatu yang sangat sinonim. Ramai wanita yang meminati pinggan mangkuk dan tidak kurang juga yang menjadikannya minat mengumpul sebagai satu hobi. Sejak dahulu lagi, wanita memang minat untuk mengumpul pinggan mangkuk. Zaman ibu atau nenek kita, mereka gemar mengumpul pinggan mangkuk Arcoroc atau Arcopal yang berwarna putih atau coklat. Cubala bertanya kepada semua ibu ibu, suri rumah apakah barangan yang menjadi kegilaan jika bukan memiliki koleksi peribadi. Pinggan-pinggan ini kemudiannya disusun dalam almari kayu berkaca dan hanya digunakan apabila ada kenduri-kendara sahaja. Kadang kala ada juga dijadikan sebabgi hiasan penyejuk mata. Sekiranya ada jiran yang ingin meminjam pinggan-pinggan ini, maka belakang pinggan itu akan ditandakan dengan singkatan nama sendiri menggunakan liquid paper, supaya senang untuk jiran-jiran memulangkan semula. Selepas era pinggan-mangkuk jenama Arcoroc atau Arcopal ini, timbul pula era pinggan-mangkuk jenama melamin yang terkenal dengan sifatnya yang tahan lasak dan tidak mudah pecah. Kini, wanita lebih menyukai pinggan mangkuk, periuk kaca serta kuali tidak melekat bagi memudahkan urusan di dapur. Kegilaan memiliki koleksi sendiri bukan terhad kepada pinggan mangkuk, tetapi juga kepada koleksi set tea, periuk kaca, kuali, bekas kuih raya dan macam-macam lagi. Rutin seharian terutama bagi wanita bekerja amat memerlukan kaedah memasak yang lebih cepat dan teratur. Justeru pelbagai pendekatan di ambil oleh pengeluar barangan dapur bagi menghasilkan produk yang berkualiti, mudah, murah serta mesra pengguna.
Mengapa wanita lebih mengemari pinggan mangkuk berbanding lelaki? Jawapannya mungkin kerana sifat wanita itu sendiri yang sukakan yang cantik-cantik. Ada juga yang menganggap ia sebagai satu kepuasan, untuk memiliki corak-corak pinggan yang terkini. Wanita juga adalah golongan yang paling kerap berada di dapur berbanding kaum lelaki. Ada juga wanita yang menganggap set pinggan mangkuk ini melambangkan peribadi tuan rumah itu sendiri. Juga antara alasan lain yang biasa kita dengar, jika ada tetamu datang berkunjung dan dihidang dengan pinggan yang bercampur-campur warnanya, bagi mereka ia akan melambangkan tuan rumah itu seorang yang memandang remeh dalam soal penampilan diri dan rumah tangga. Walaupun ada kalanya pinggan-mangkuk ini tidak digunakan, hanya dijadikan perhiasan dalam almari-almari hiasan khas, namun mereka tidak akan jemu untuk membeli set yang baru pula. Bagi sesetengah wanita, dengan melihat koleksi pinggan mangkuk, kuali atau apa sahaja perhiasan dapur sudah mendatangkan kepuasan kepada mereka. Sifat barangan tertentu juga di samping kualiti pinggan yang selamat digunakan, mempunyai warna dan bentuk yang pelbagai juga menarik hati mata yang melihat.
Bagi saya pula, pinggan mangkuk dan aksesori dapur bukan sahaja keperluan wajib di dalam setiap rumah, tetapi barangan dapur juga adalah satu aset wajib yang boleh digunakan zaman berzaman juga boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi. Ia menunjukkan bahawa tidak berlaku pembaziran sekiranya kita membeli apa juga set pinggan mangkuk kerana sudah tentu akan digunakan kerana sememangnya pinggan mangkuk adalah keperluan harian. Apa guna makanan jika tidak dialas dengan pinggan, apa gunanya minuman jika tidak dihidang di dalam cawan dan berdulang. Bagaimana ingin memasak jika tiada periuk dan kuali. Bagaimana ingin menggaul dan menceduk sekiranya tiada senduk dan sudip. Itula buktinya wanita, masakan, dapur serta semua aksesori dalam dapur tidak dapat dipisahkan. Pilihan koleksi pinggan mangkuk dan aksesorinya juga bergantung kepada kualiti dan harga. Bukan ingin meminta membeli yang mahal, tetapi biarla sesuai dengan kualiti, tahap penggunaan dan harga. Sudah tentu barang yang kualitinya terjamin lebih mahal, tetapi jangan dilupakan kos yang harus dibayar sesuai dengan kualiti barang yang ingin di beli. Mungkin agak mahal, tetapi jangka hayat lama boleh digunakan, tahan lasak, mudah basuh, mudah simpan, jimat tenaga serta jimat masa. Kehidupan wanita masa kini yang bekerja amat kite titik beratkan.
Begitulah kisah wanita dan pinggan-mangkuk, tidak kira daripada era mana mereka dilahirkan, minat mereka tetap sama.
Salam Sayang.
Location:
Kuantan, Pahang, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment