Monday, 25 November 2013

WAFFLE AJAIB DR SYARIKAT MENANG GLASSWARE

                                                          Rupa waffle ajaib bahagian luar.
                                                        Rupa waffle ajaib bahagian dalam.

Produk baru dr. Syarikat Menang Glassware Sdn Bhd. Permukaan yang tidak melekat. Mudah dibasuh. Hanya menggunakan dapur gas utk memasak. 

                              HARGA, RM139.00 (TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN)

Tuesday, 12 November 2013

Periuk Kaca Are Ikan Apiware

Salam sayang kepada semua,

Are Ikan Apiware 8pcs adalah periuk kaca berkualiti tinggi yang import dari France.
Set ini mengandungi 5 saiz iaitu 1.0L, 1.5L, 2.0L, 3.0L dan 5.0L.

Para pelanggan boleh memilih untuk membeli sama ada set iaitu 8pcs, (1.0L, 1.5L, 2.0L, 3.0L) ataupun beli secara berasingan.






Sudah tentu harga set lebih jimat.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Aza, 014-8017468. Bayaran ansuran juga disediakan.

Terima kasih. ;)

Tuesday, 5 November 2013

Aksesori Pemanggang Ajaib / Are Ikan Produk

Salam,

Segalanya mudah kan.. Bukan sahaja Pemanggang disediakan tetapi juga terdapat pilihan senduk, sudip, penyepit, dan tray sebagai alat bantuan sampingan semasa memasak.
Harus diingat, pemakaian sudip besi amatla tidak di galakkan kerana akan merosakkan sistem 'die casting' yang terdapat pada permukaan dalam Pemanggang Ajaib. Hanya sudip kayu atau plastik sahaja boleh digunakan bagi menjamin kualiti masakan.

Di samping itu juga, Pemanggang Ajaib boleh juga digunakan di luar rumah. Hanya perlu hidupkan dapur kayu/arang. Tetapi, bagi memudahkan lagi para pengguna, Syarikat Menang Glassware Sdn Bhd juga menjual 'Portable Stove' yang boleh digunakan bersama Pemanggang Ajaib ketika berada di luar rumah seperti semasa berkelah atau bercuti.


Pilihan adalah di tangan anda.

Harga set Pemanggang/Periuk Ajaib + Portable Stove + Aluminium Foil juga disediakan.
Boleh berhubung dengan saya di 014-8017468.
Sekian, untuk perkongsian.

Buku resepi percuma dengan pembelian Pemanggang atau Periuk Ajaib


Salam semua..
Apa ditunggu lagi, kemungkinan buku resepi ini akan menjadi milik anda. Boleh order dengan saya selagi stok masih ada..Dengan belian Pemanggang Ajaib atau Periuk Ajaib Generasi ke 2, buku resepi ini kemungkinan akan menjadi milik anda..



Pm atau whatsapp saya di talian 014-8017468, ;)


 Selagi stok masih ada..


Pan Ajaib

Salam semua..
Satu lagi produk terbaru daripada Syarikat Menang Glassware..
 



Kelebihan-kelebihan Pemanggang Ajaib

 Salam semua..

Kenapa perlu bersusah-payah jika boleh bersenang-lenang..

;) Boleh pm/whatsapp 014-8017468

Periuk ajaib Generation 2..


Salam semua..

Memasak menggunakan periuk ajaib amat bagus tidak terhad kepada memanggang sahaja bahkan untuk memasak pelbagai jenis masakan seperti Ayam kurma, murtabak, nasi goren, nasi arab, rendang, kari dan banyak resepi lagi mengikut idea atau kreativi anda sendiri.
 
Periuk ajaib juga boleh dipisahkan menjadi dua bahagian dan dua2 bahagian boleh digunakan serentak utk menggoreng.


Kami mengeluarkan senaskah buku panduan dan resepi dan anda boleh mendapatkannya dengan pembelian periuk ajaib.

Percuma satu getah gantian dan percuma satu rak serbaguna yang sesuai untuk mengukus ikan, kuih, pau dan sebagainya.

Pm or whatsapp 014-8017468 for best price

Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Memang rasa geram kalau goreng ikan, ikan tu boleh pulak dia melekat kat kuali. Kalau tak balikkan hangus pulak ikannya. Kalau balikkan, boleh hancur ikan tu sebab melekat kuat kat kuali.

Ada orang cakap kalau kuali tu guna untuk goreng nasi kemudian guna pulak untuk goreng ikan memang la akan melekat. Ada pulak orang cakap basuh kuali guna pencuci pun akan buat kuali melekat. Eh tak guna pencuci, tak bersih la kuali, ye dak.

Boleh abaikan je klu kat rumah ada satu kuali je, so multipurpose la. Goreng nasi, goreng mee, goreng ikan semua kuali yang sama. Cuma make sure dibasuh bersih je.

Cara elakkan ikan melekat kat kuali, pastikan kuali tu dibasuh sebersihnya. Pastikan juga ikan cukup garing sebelum dibalikkan.

Kalau ikan melekat juga boleh cuba petua/cara ni:

Ambil kulit bawang atau asam keping dan campak dalam kuali bersama ikan tadi. Selalunya menjadi cara ni.. Belum cuba belum tahu kan..Yang penting menjadi.

Kalau dah campak kulit bawang atau asam keping td tapi masih melekat, eloklah tutup je api. Biar minyak sejuk. Dah sejuk baru balikkan ikan tu, dan garingkan side sebelah lagi pulak kalau tak nak ikan tu hancurlah.

************************


Lagi mudah tak nak ikat melekat, belilah PEMANGGANG AJAIB dari Syarikat Menang Glassware Sdn Bhd. Panggang je ikan tu, jimat minyak, dapat jaga kesihatan. Nak beli online boleh order pada saya.. pm or whassapp 014-8017468..ada free buku resepi lagi..besttttt...


Pengedar sah barangan keluaran dari Syarikat Menang Glassware Sdn Bhd



Assalamualaikum w.b.t,

Salam dihulur kepada semua..

Wanita dan pinggan mangkuk merupakan sesuatu yang sangat sinonim. Ramai wanita yang meminati pinggan mangkuk dan tidak kurang juga yang menjadikannya minat mengumpul sebagai satu hobi. Sejak dahulu lagi, wanita memang minat untuk mengumpul pinggan mangkuk. Zaman ibu atau nenek kita, mereka gemar mengumpul pinggan mangkuk Arcoroc atau Arcopal yang berwarna putih atau coklat. Cubala bertanya kepada semua ibu ibu, suri rumah apakah barangan yang menjadi kegilaan jika bukan memiliki koleksi peribadi. Pinggan-pinggan ini kemudiannya disusun dalam almari kayu berkaca dan hanya digunakan apabila ada kenduri-kendara sahaja. Kadang kala ada juga dijadikan sebabgi hiasan penyejuk mata. Sekiranya ada jiran yang ingin meminjam pinggan-pinggan ini, maka belakang pinggan itu akan ditandakan dengan singkatan nama sendiri menggunakan liquid paper, supaya senang untuk jiran-jiran memulangkan semula. Selepas era pinggan-mangkuk jenama Arcoroc atau Arcopal ini, timbul pula era pinggan-mangkuk jenama melamin yang terkenal dengan sifatnya yang tahan lasak dan tidak mudah pecah. Kini, wanita lebih menyukai pinggan mangkuk, periuk kaca serta kuali tidak melekat bagi memudahkan urusan di dapur. Kegilaan memiliki koleksi sendiri bukan terhad kepada pinggan mangkuk, tetapi juga kepada koleksi set tea, periuk kaca, kuali, bekas kuih raya dan macam-macam lagi. Rutin seharian terutama bagi wanita bekerja amat memerlukan kaedah memasak yang lebih cepat dan teratur. Justeru pelbagai pendekatan di ambil oleh pengeluar barangan dapur bagi menghasilkan produk yang berkualiti, mudah, murah serta mesra pengguna.

Mengapa wanita lebih mengemari pinggan mangkuk berbanding lelaki? Jawapannya mungkin kerana sifat wanita itu sendiri yang sukakan yang cantik-cantik. Ada juga yang menganggap ia sebagai satu kepuasan, untuk memiliki corak-corak pinggan yang terkini. Wanita juga adalah golongan yang paling kerap berada di dapur berbanding kaum lelaki. Ada juga wanita yang menganggap set pinggan mangkuk ini melambangkan peribadi tuan rumah itu sendiri. Juga antara alasan lain yang biasa kita dengar, jika ada tetamu datang berkunjung dan dihidang dengan pinggan yang bercampur-campur warnanya, bagi mereka ia akan melambangkan tuan rumah itu seorang yang memandang remeh dalam soal penampilan diri dan rumah tangga. Walaupun ada kalanya pinggan-mangkuk ini tidak digunakan, hanya dijadikan perhiasan dalam almari-almari hiasan khas, namun mereka tidak akan jemu untuk membeli set yang baru pula. Bagi sesetengah wanita, dengan melihat koleksi pinggan mangkuk, kuali atau apa sahaja perhiasan dapur sudah mendatangkan kepuasan kepada mereka. Sifat barangan tertentu juga di samping kualiti pinggan yang selamat digunakan, mempunyai warna dan bentuk yang pelbagai juga menarik hati mata yang melihat. 

Bagi saya pula, pinggan mangkuk dan aksesori dapur bukan sahaja keperluan wajib di dalam setiap rumah, tetapi barangan dapur juga adalah satu aset wajib yang boleh digunakan zaman berzaman juga boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi. Ia menunjukkan bahawa tidak berlaku pembaziran sekiranya kita membeli apa juga set pinggan mangkuk kerana sudah tentu akan digunakan kerana sememangnya pinggan mangkuk adalah keperluan harian. Apa guna makanan jika tidak dialas dengan pinggan, apa gunanya minuman jika tidak dihidang di dalam cawan dan berdulang. Bagaimana ingin memasak jika tiada periuk dan kuali. Bagaimana ingin menggaul dan menceduk sekiranya tiada senduk dan sudip. Itula buktinya wanita, masakan, dapur serta semua aksesori dalam dapur tidak dapat dipisahkan. Pilihan koleksi pinggan mangkuk dan aksesorinya juga bergantung kepada kualiti dan harga. Bukan ingin meminta membeli yang mahal, tetapi biarla sesuai dengan kualiti, tahap penggunaan dan harga. Sudah tentu barang yang kualitinya terjamin lebih mahal, tetapi jangan dilupakan kos yang harus dibayar sesuai dengan kualiti barang yang ingin di beli. Mungkin agak mahal, tetapi jangka hayat lama boleh digunakan, tahan lasak, mudah basuh, mudah simpan, jimat tenaga serta jimat masa. Kehidupan wanita masa kini yang bekerja amat kite titik beratkan.

Begitulah kisah wanita dan pinggan-mangkuk, tidak kira daripada era mana mereka dilahirkan, minat mereka tetap sama.

Salam Sayang.